Dalam bisnes, Database pelanggan merupakan ‘aset’ anda yang paling penting! Database ini adalah maklumat pelanggan anda seperti nama, email, nombor telefon, messenger dan lain-lain. Anda sangat memerlukan Database ini kerana ia dapat memastikan bisnes anda kekal stabil untuk jangka masa yang panjang.
Dengan mengintegrasi semua channel pemasaran di online seperti Facebook, Instagram, Google, anda boleh mendominasi ‘market segment’ pelanggan anda dengan lebih cepat.
Database merupakan ‘bank bergerak‘ anda. Bayangkan anda ada 20,000 database dan anda boleh mengekalkan hubungan dengan mereka dan setiap bulan mereka hanya buat pembelian RM100 sahaja dari anda.
20,000 didarab dengan RM100, setiap bulan, ‘projection’ pendapatan perniagaan adalah RM2,000,000!
KEPENTIGAN DATABASE UNTUK BISNES ANDA
1. Tentukan Target Jualan
Database pelanggan yang anda kumpul dapat digunakan untuk menentukan target jualan yang anda inginkan. Sebab produk yang akan dipasarkan tepat kepada pembelinya. Dalam masa yang sama, setiap produk atau servis anda akan lebih dikenali ramai.
2. Jimat Kos dan Masa Dengan DATABASE Sedia Ada
Jualan produk kepada pelanggan sedia ada akan lebih mudah kerana anda pernah ber “engage” atau berurusan dengan mereka. Ini kerana anda telahpun dikenali oleh pelanggan anda dengan produk yang sudah mereka percayai. Jadi tidak perlu bersusah payah mencari prospek baru jika anda ingin membuat sesuatu promosi kerana anda sudah mempunyai Database pelanggan yang banyak dan berpotensi tinggi untuk membeli produk anda.
3. Hubungan Jangka Panjang Dengan DATABASE Anda
Kuasa membeli paling tinggi datangnya daripada mereka yang sudah mengenali kita. Apa yang anda perlu buat ialah, bina hubungan yang baik dengan mereka supaya mereka lebih mengenali anda. Bila mereka dah yakin dan percaya dengan anda, mereka lebih suka membeli produk anda daripada membeli dengan orang yang belum mereka kenali.
4. Follow Up Customer Menjadi Senang
Anda boleh jadikan mereka ini dalam senarai Database anda sebagai target audience bagi pengiklanan anda, lama kelamaan mereka akan yakin untuk membeli produk anda kerana dalam marketing, prospek akan ingat brand anda.
5. Back Up DATABASE Untuk Bisnes Anda
Katakanlah akaun Facebook atau Media Sosial yang lain milik anda ditutup atau dibanned, sudah pasti bisnes anda akan merudum.. Setuju? Tapi anda tak perlu risau sekiranya anda mempunyai Database pelanggan yang merupakan nyawa kepada bisnes anda. Bisnes anda still akan bernyawa walaupun ada masalah yang berlaku.
3 PROSES MENGUMPUL DATABASE
Bagaimana Untuk Dapatkan Database Dengan Pantas?
Melalui startegi yang betul, kita boleh mendapatkan dan mengumpul database bakal prospek dengan mendapatkan info seperti, nama, email, no. telefon dan sebagainya melalui pelbagai cara
Cara yang paling Mudah, Cepat dan Berkesan adalah melalui Aplikasi dan Software
Kami sediakan kepada anda beberapa Aplikasi atau Software yang anda boleh gunakan untuk “menyedut” database dengan Mudah, Cepat dan Berkesan
Instagram Extractor mengekstrak e-mel dan nombor telefon yang disasarkan dari akaun Instagram Followers, Influences atau Hashtag. Hanya dengan Satu Klik anda akan dapat mengumpul database daripada targeted prospects.
WhatsApp Extractor membolehkan dengan hanya satu klik untuk memuat turun semua nombor termasuk nama (jika ada) dari akaun WhatsApp anda dan menyimpannya dalam lembaran Excel (.csv). Anda menjimatkan banyak masa, tanpa ketinggalan sebarang nombor dari bakal pelanggan anda dan tingkatkan jualan anda sekarang!
Facebook Group Extractor dapat menyedut ribuan prospek di Facebook Group dengan mudah melalui UID FB Group members dan No Telefon dari FB Group members samada Public atau Private group. Jimatkan masa anda bagi mendapatkan target prospek yang tepat.
Pix Leads membolehkan anda mendapatkan ribuan prospek di Facebook dengan mudah, hanya masukkan FB Keyword, FB Fanpage, FB Friends. Sedut Email dan No Telefon prospek dari Facebook hanya dalam beberapa minit.